Media Cetak

Surat khabar merupakan media pengiklanan yang amat popular kerana ia mempunyai pengedaran yang luas dan kos yang murah.

Iklan di dalam surat khabar boleh dilakukan dengan cara berikut :

1) Kecil seperti iklan terkelas

Iklan terkelas disiarkan dalam bentuk petak pada halaman khas. Bayarannya murah dan biasanya digunakan untuk mengiklan kerja kosong, rumah untuk disewa, kereta untuk dijual, kematian, perkahwinan dan kelahiran.

2) Sederhana seperti iklan ruangan

Iklan ruangan meliputi sebahagian muka surat.

3) Besar seperti iklan mukasurat

Iklan mukasurat meliputi seluruh mukasurat.

Iklan ruangan dan iklan mukasurat digunakan untuk mengiklan peristiwa penting dan berita menarik. Contohnya ucapan takziah atas

kematian orang besar atau pengishtiharan perlumbaan kereta ‘ Formula 1

   ‘

Majalah digunakan untuk mengiklan barang yang ditujukan kepada sasaran pelanggan tertentu. Contohnya, iklan buku ulangkaji boleh dimuatkan kedalam majalah murid, iklan alat solek dalam majalah wanita dan sebagainya.

Katalog ialah buku kecil (brosur) yang menunjukkan gambar foto barang yang diiklan secara berwarna warni dan dalam bentuk yang menarik. Pencetakan katalog adalah mahal kerana kertas, pewarnaan dan reka bentuk yang digunakan adalah berkualiti. Katalog sering dicetak untuk mengiklan barang mahal seperti kereta, televisyen, komputer, perakam video dan ia diedarkan kepada bakal pelanggan dengan pos atau tangan.

Poster ialah helaian kertas, kepingan papan, plastik atau kain yang membawa perutusan atau cogan kata ringkas yang kadang-kadang disertai dengan lukisan yang menarik. Poster ditampal atau digantung di merata-rata tempat seperti di dinding  bangunan, perhentian bas, bahagian depan pawagam dan pokok. Perutusan dalam poter mungkin memujuk orang ramai membeli sesuatu barangan, mengumumkan sesuatu perkara seperti perlawanan tinju dunia atau membangkitkan sesuatu isu contohnya kebersihan.

Poster yang digantung di luar bangunan mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sementara poster di dalam bangunan mesti mendapat kebenaran daripada tuan punya bangunan itu.

Tinggalkan komen