Media Elektronik

Internet merupakan salah satu cara mengiklan yang amat berkesan dan menjimatkan dalam era teknologi maklumat masa kini. Pengeluar boleh membina laman web yang mempamerkan gambar, foto, ciri-ciri,  spesifikasi, dan harga produk untuk diakses oleh jutaan pengguna internet di seluruh dunia.

Produk itu boleh dipersembahkan secara berwarna disamping menggunakan animasi, audio dan video untuk menambahkan lagi daya tarikannya. Berdasarkan maklumat di dalam laman web itu, pengguna boleh memesan produk itu terus daripada pengiklan dengan cara membayar melalui kad kredit.

E-mel ialah cara menghantar maklumat menerusi rangkaian komputer. Maklumat boleh dihantar kemana-mana tempat di seluruh dunia yang bersambungan dengan internet. Maklumat boleh berbentuk bertulis, gambar, grafik, suara, animasi dan sebagainya. Penghantaran e-mel meliputi seluruh dunia, amat cepat dan hanya memerlukan kos yang paling minimum.

Mengiklan melalui televisyen amat berkesan kerana mesej iklan boleh disampaikan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat. Iklan melalui televisyen mempunyai kesan audio visual dan sering diselitkan semasa rancangan televisyen yang menarik bagi tujuan mencapai kesan yang berpanjangan di kalangan penonton.

Iklan disampaikan dalam bentuk penajaan dimana pengiklan membiayai sebahagian daripada kos siaran program televisyean yang berkenaan.

Mengiklan melalui siaran radio lebih murah berbanding televisyen. Iklan boleh juga diselit diantara rancangan yang menarik atau menaaja sesuatu rancangan. Liputan pasaran juga luas kerana hampir setiap penghuni mempunyai radio tetapi kesannya terhad kepada suara dan bunyi sahaja.

Mengiklan dengan lampu neon sangat berkesan pada waktu malam. Lampu neon menggunakan kuasa elektrik untuk memancarkan nama kedai, jenama barang, lambang, dan huruf secara berwarna warni serta berkelip-kelip.

Kebanyakan pawagam yang beroperasi kini merupakan pawagam bersaiz kecil. Pawagam bersaiz besar kini menjadi kurang berikutan dengan kemerosotan dalam industri pawagam akibat persaingan daripada tayangan video di rumah. Namun, pengiklanan masih dilakukan di mana terdapatnya pawagam dan sasarannya ditujukan kepada penduduk setempat.

Terdapat dua jenis pengiklanan melalui pawagam. Cara pertama ialah pertunjukan sisip kaca (slide) yang statis tetapi murah. Cara kedua ialah tayangan filem dalam bentuk lakonan beranimasi yang lebih menarik dan mahal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: