Kebaikan dan Keburukan Pengiklanan

KEBAIKAN PENGIKLANAN

KEPADA PENIAGA


1. Keuntungan
• Keuntungan meningkat akibat daripada pengurangan kos pengeluaran dan jualan yang bertambah

2. produk baru
• Produk baru dapat diperkenalkan kepada orang ramai dan mewujudkan pasaran baru

3. Kesetiaan pelanggan
• Pengiklanan yang disiarkan berulang-ulang dapat mengingatkan pelanggan kepada jenawa yang wujud

4. Nama baik
• Iklan yang berkesan akan menambahkan keyakinan pengguna terhadap barang keluaran dan mewujudkan imej yang baik

5. Hasil
• Iklan yang berkesan dapat meningkatkan jualan dan perolehan

KEPADA PENGGUNA


1. Harga barang lebih murah
• Pengeluar yang menikmati faedah ekonomi bidangan akan menjual barang dengan lebih murah

2. Subsidi kepada keluaran lain
• Pengguna dapat membeli dengan murah kerana pengiklanan mengsubsidikan kos sesetengah barangan

3. Dapat merancang perbelanjaan
• Pengguna dapat merancang perbelanjaan kerana harga barang dapat diketahui melalui iklan

4. Menikmati barang yang bermutu
• Persaingan akan menggalakkan pengeluar menghasilkan keluaran bermutu

5. Dapat membuat pilihan
• Pengguna boleh membandingkan sesuatu jenama kerana iklan menerangkan jenis, mutu dan ciri sesuatu barang.

KEBURUKAN PENGIKLANAN

KEPADA PENIAGA


1. Menggalakkan monopoli
• Syarikat besar akan bersaing melalui pengiklanan untuk meningkatkan jualan
• Syarikat besar akan memonopoli pasaran

2. Kos pengeluaran meningkat
• Kos pengiklanan yang tinggi akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan keuntungan

3. Pembaziran wang
• Wang yang digunakan untuk pengiklanan dapat digunakan untuk aktiviti lain

4. Pengeluar terlalu bergantung kepada promosi
• Pengeluar tidak berusaha untuk memperbaiki mutu keluaran kerana mereka percaya bahawa iklan sahaja dapat meningkatkan jualan

KEPADA PENGGUNA


1. Harga barang mahal
• Akibat menanggung kos pengiklanan yang tinggi, pengeluar menjual barang dengan harga yang mahal

2. Mendorong untuk berbelanja lebih
• Pengguna akan berbelanja lebih kerana terpengaruh dengan pengiklanan

3. Sukar membuat pilihan
• Pengguna tidak dapat memilih dengan rasional kerana dikelirukan dengan pelbagai jenama

4. Mengelirukan dan mempengaruhi
• Pengiklanan yang mengelirukan akan mempengaruhi pengguna untuk membeli barang yang berkualiti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: