Media Lain

Papan tanda merupakan cara iklan yang paling asas dan lazim digunakan oleh peruncit untuk memperkenalkan identiti perniagaannya kepada para pelanggan. Papan tanda diperbuat daripada papan, logam, atau plastik dan ia memaparkan nama kedai dan jenis perniagaan. Ia digantung di depan kedai. Contohnya restoran Pizza Hut, KFC, Mc Donald dan sebagainya.

Terdapat juga papan tanda arah tuju yang didirikan di tepi jalan, stesen bas, lapangan terbang, dan pinggir bandar untuk membimbing bakal pelanggan ke kedai yang hendak di kunjunginya. Kos mengiklan dengan papan tanda adalah murah. Namun, mesej yang disampaikan adalah ringkas, pendek dan terhad.

Mengiklan melalui belon udara merupakan satu media yang amat menarik perhatian orang ramai di samping menambahkan keindahan dan kemeriahan persekitaran. Belon udara membawa gambar, logo atau mesej iklan yang berwarna warni, terapung di udara dan dapat dilihat dari jauh.

Belon sering digunakan untuk mempromosikan jenama barang semasa perayaan seperti pada pesta sukan, pesta laut atau pesta makanan.

Pameran boleh diadakan untuk mempromosikan barang jualan. Semasa pameran, demonstrasi tentang ciri-ciri keistimewaan, cara penggunaan, serta kelebihan sesuatu barang akan diadakan dan sebarang pertanyaan daripada pembeli dapat dijawab. Pameran kadangkala diadakan oleh sekumpulan peniada yang akan membiayai kos pameran secara kolektif.

Pada tapak pameran, gerai didirikan dan disewakan kepada peniaga mengikut kemampuan mereka. Pameran seperti ini diadakan secara berkala. Contohnya pameran buku, ekspo perumahan, pertunjukan komputer dan sebagainya.

Sampel ialah barang contoh yang diedarkan secara percuma kepada pelanggan untuk menggalakkan belian. Sampel yang diberi biasanya bersaiz kecil untuk menjimatkan kos berbanding dengan saiz keluaran yang sebenar. Contohnya sampel kuih raya, sabun, atau sis berpaket kecil khas dibuat sebagai sampel edaran.

Sampel seperti ini diuji guna oleh pengguna sebelum mereka melakukan belian. Sampel juga diberi kepada pelanggan yang melakukan belian dalam kuantiti besar. Contohnya beberapa buah sampel buku diberi kepada sekolah yang berkeupayaan melakukan belian yang besar. Namun, kos sampel terpaksa ditanggung oleh peniaga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: