Faktor-faktor pemilihan media pengiklanan

contoh-contoh media pengiklanan

Sebelum anda memilih media pengiklanan adalah lebih baik jika anda melihat beberapa faktor yang dapat di jadikan sebagai panduan untuk memilihnya.

Adalah lebih baik jika anda sesuaikan media pengiklanan anda terlebih dahulu.

Jika anda mengusahakan produk makanan yang di pasarkan sekitar kawasan anda, tidak perlulah anda menggunakan media televisyen sebagai medium pengiklanan.

Anda boleh menggunakan media bercetak.

Langkah seterusnya adalah dengan mengambil beberapa faktor di bawah sebagai pemudah untuk memilih media pemgiklanan.

1) Tujuan iklan.

Langkah awal dalam memilih media pengiklanan anda adalah dengan mengetahui tujuan pengiklanan anda di buat.

Adakah anda setakat mahu mengenalkan produk anda di pasaran, adakah anda mahu memujuk pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan anda.

Pokonya adalah anda perlu jelas dengan tujuan pengiklanan anda ketika ini.

2.)Sasaran pengguna.

Siapa sasaran pengguna anda. Adakah sasaran pengguna adalah pengguna umum?

Adakah iklan anda kelak di iklankan untuk mereka yang mahu menambah pendapatan?

Adakah sasaran pengguna anda adalah dari golongan kanak-kanak, remaja atau dewasa.

Pokonya adalah jelaskan sasaran pengguna anda di sini.

3.)Kos iklan.

Ini merupakan faktor utama dalam membuat pemilihan media pengiklanan.

Setelah anda memilih beberapa media pengiklanan yang mahu anda gunakan, minta sebut harga bagi setip media pengiklanan tersebut.

4.) Saiz perniagaan

Saiz perniagaan juga menentukan jenis iklan yang dipilih. Firma besar yang bermodal besar boleh mengiklan secara besar-besaran pada kos yang tinggi seperti lampu neon dan televisyen. Firma kecil pula terpaksa menggunaka media yang murah seperti papan tanda dan poster kerana modalnya kecil.

5) Dasar Kerajaan

Dasar kerajaan yang mengawal pengiklanan harus dipatuhi. Sesetengah barang dilarang diiklan di dalam televisyen, seperti rokok dan minuman keras. Terdapat juga badan profesional yang mengawal iklan oleh ahlinya seperti peguam, jurutera dan akauntan. Saiz, jenis dan kandungan iklan juga ditentukan oleh kerajaan. Contohnya iklan tidak dibernarkan mengandungi unsur seks atau unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: